Hi, nama saya Hariz, perunding takaful Prudential yang komited bantu anda memahami pelan perlindungan Takaful dengan cara santai & mudah faham. Misi saya: “Borak Takaful, Bukan Membebel”

Takaful (تَكَافُل) berasal dari perkataan arab “kafala” yang bermaksud “saling menjamin”Takaful adalah satu konsep perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip tolong-menolong dan perkongsian risiko dalam Islam.Takaful = Perlindungan Kewangan Islamik

Apa itu Medical Card?
Medical Card ialah kad ajaib yang bantu bayarkan kos rawatan jika anda jatuh sakit, masuk hospital atau perlukan rawatan pakar.
Apa yang Medical card cover?
Pembedahan & Rawatan Pakar. Kos masuk wad (bilik,makan,rawatan)
Ubat & Rawatan susulan. Ambulans & perkhidmatan kecemasan.

Apa itu Hibah Takaful?Hibah = Pemberian ikhlas tanpa balasan.
Dalam takaful, Hibah bermaksud manfaat takaful diberi terus kepada orang yang anda pilih, tanpa melalui proses faraid atau makamah.
Kenapa Hibah Takaful Penting?
1. Elak Perebutan Harta - Pampasan terus diberi kepada penerima, bukan dibahagi ikut faraid.
2. Cepat & Mudah - Waris boleh terima pampasan dalam beberapa hari.
3. Boleh Pilih Penerima - Isteri, anak, ibu bapa — ikut keperluan anda.
4. Tenangkan Hati Waris - Bantu waris teruskan hidup tanpa tekanan kewangan.

1. Pampasan Hilang Upaya Kekal (TPD)Apa itu?
Pampasan tunai diberi kepada peserta takaful jika hilang upaya secara kekal dan tidak lagi mampu bekerja.
Contoh situasi:
Lumpuh kekal, hilang kedua-dua kaki, buta kedua-dua mata — tak boleh bekerja selamanya.
Siapa terima?
Peserta takaful sendiri, sebab masih hidup.
Kenapa penting?
Bila tak boleh kerja, pampasan ni bantu sara hidup & tampung kos rawatan.

2. Pampasan Sakit Kritikal (Critical Illness claim)Apa itu?
Pampasan tunai diberi jika peserta disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan lain-lain.
Bila dapat?
Selepas disahkan sakit kritikal oleh doktor (ikut senarai yang dilindungi dalam sijil).
Siapa terima?
Peserta takaful sendiri — untuk guna duit tu semasa rawatan dan pemulihan.
Kenapa penting?Kos rawatan tinggi. Pampasan ni bantu fokus untuk sembuh tanpa beban kewangan.

Siapa yang perlukan Takaful?

  • Anak Muda - lagi awal mula, lagi rendah komitmen bulanan.

  • Yang baru mula kerja - mula lindungi diri dari awal.

  • Suami/isteri -untuk jaminan kewangan keluarga.

  • Ibu bapa - untuk kos rawatan & masa depan anak - anak.

  • Usahawan / freelance - tanpa kwsp, takaful adalah backup plan terbaik.

  • Swasta - Betul anda ada kwsp, akan tetapi adakah cukup duit kwsp untuk tampung kos rawatan Dan hari tua akan datang.

Nak Mula Tapi Tak Tahu Plan Mana Sesuai?Jangan risau — saya akan bantu anda pilih pelan takaful paling sesuai ikut keperluan, bajet & gaya hidup.
Sama ada untuk diri sendiri, pasangan atau keluarga.
Klik butang bawah ni untuk dapatkan quotation PERCUMA – tak perlu bayar, tak perlu pening.